Larangan Tidur Selepas Subuh

Pesanan ini diambil dari buku ‘Healing with the Medicine of the Prophet’. Buku ini asalnya ditulis dalam bahasa Arab oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah dengan tajuk ‘At-Tib an-Nabawee’.

“Sleeping during the early morning prevents sustenance from coming in that the early morning is the time when the creation goes out to seek their sustenance.

Being asleep during this time in which sustenance is being divided causes one to miss out on this chance of gaining sustenance, except when one sleeps for a necessity or a need.

This type of sleep is also very harmful for the body because it causes numbness in the senses and spoils the stomach’s contents that should be being decomposed through physical activity.”

“Ibn ‘Abbas once saw his son sleeping in the early morning and said to him, “Wake up! Do you sleep at the hour during which sustenance is being divided.”

Fahdi Ghazali dalam lecture nya tentang rezeki berkongsi tentang kisah anak muridnya.

Anak muridnya daripada sales beribu-ribu sebulan, tiba-tiba jatuh.

Fahdi pesan, cabaran ni, Allah bagi. Hanya Allah sahaja yang boleh tarik cabaran tersebut.

Maka Fahdi berpesan pada anak muridnya ini untuk solat Tahajjud selama 40 malam.

Anak muridnya ikut pesanan tersebut. Dari 40 malam, kemudian 100 malam, dan teruskan tak tinggal tinggal dah inshaAllah.

Kemudian, sales naik berjuta-juta sebulan.

Ok first take note, dalam buku Rahasia Magnet Rezeki penulisan Ustaz Nasrullah, beliau berpesan, jangan pula tahajjud semata-mata kerana duit. Andai sedekah sebab nak dapat 10x ganda lebih baik, maka tidak terjadi keajabaian sedekah seperti yang dipelajari itu. Andai berbakti pada ibubapa tapi kerana ada kemahuan, untuk rezeki lancar, maka itu tidak benar-benar iklas berbakti.

Bila baca sampai tahap ni, complicated pula rasanya.

Ustaz berpesan, rezeki kita terletak pada kebahagiaan dan kemuliaan orang lain. Kita bersedekah, niat untuk bahagiakan penerima. Kita berbakti pada ibubapa, niat untuk bahagiakan ibubapa kita. Tahajjud? Orang lain tidur, kita bangun…

“Bahagiakan Dia, maka rezeki anda akan mengalir dengan dahsyat.”

Ustaz Nasrullah, dari buku Rahasia Magnet Rezeki

Ustaz juga berkongsi, definisi Penciptaan Rezeki menjadi:

“Rezeki didapatkan oleh mereka yang Memuliakan & Membahagiakan Tuhannya dan Manusia ciptaan-Nya.”