Rezeki: Kisah Maryam, Imam Malik & Imam Syafi’e

“Maryam, mana awak dapat semua ni?”

Ini sebuah dialog dalam Quran. Surah al-Imran, 3:37. Bukan dialog drama TV3 time Maghrib. #doneDakwah

Dialog yang sebenar adalah dari ayat ini:
“Whenever Zachariah went in to see her in her sanctuary, he found her supplied with provisions. He said, ‘Mary, how is it you have these provisions?’ and she said, ‘They are from God: God provides limitlessly for whoever He will.’

Imam Malik dalam majlis menyampaikan,

“Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya.”

Imam Syafi’e berkata,

“Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki?”

Ketika meninggalkan pondok, Imam Syafi’e terlihat serombongan orang memetik anggur. Dia pun membantu.

Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafi’e memperoleh upah beberapa ikat anggur.

Imam Syafi’e pulang dengan girang. Pemberian itu menguatkan pendapatnya. “Perlu berusaha untuk dapatkan rezeki.”

Bergegas jumpa sang guru, Imam Malik. Lalu memberikan anggur kepada sang guru.

Beliau berkata, “Seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu, anggur ini tidak akan sampai di tangan saya.”

Imam Malik tersenyum. Beliau berkata,

“Sehari ini aku tidak keluar pondok. Hanya mengambil tugas sebagai guru, dan berfikir, alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.”

“Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku.”

“Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab? Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya.”

Guru dan murid tertawa. (Tertawa disini bermaksud, mereka tidak bertengkar. Mereka hormat pada pandangan satu sama lain. Kedua-dua cara untuk memperoleh rezeki itu betul.)

Balik kepada ayat 3:37,

“Whenever Zachariah went in to see her in her sanctuary, he found her supplied with provisions. He said, ‘Mary, how is it you have these provisions?’ and she said, ‘They are from God: God provides limitlessly for whoever He will.’

Apa Maryam buat? Apa Imam Malik buat? Jawapannya sudah ada dalam Quran.

Boleh juga refer video ini, https://youtu.be/NWfWORn2MlU?t=1450

Lihat part akhir. Dikongsikan 13 punca rezeki.

Antara perkara yang Imam Malik lakukan adalah mengajar ilmu Allah. Perkara nombor 10 yang diterangkan dalam video tersebut.

Additional Resources:
https://www.youtube.com/watch?v=TyiclYu8z-4
http://bit.ly/beyondLogic

p/s: Pertama kali mendengar cerita Imam Malik & Imam Syafi’e ini waktu lunch bersama DrRizal dan keluarga Ustazah Shiba selepas melawat ladang madu kelulut di Selangor Fruit Valley.