Marketing: 3 Cara ‘Reach’ Audience Baru

Dalam marketing, ada 3 cara untuk reach audience baru (dalam bahasa English juga disebut sebagai ‘attract leads’):

1. Paid platform e.g. Facebook ads, Google ads, YouTube ads
2. Content marketing e.g. Social Media posting, blog posting, video posting
3. Partnership marketing (getting a trusted person or company in your industry to feature your business to their audience)

#1 Paid Platfform

Contoh mudah paid platform adalah Facebook ads.

Orang buka Facebook buat apa?

Enjoy. Happy-happy. Tengok gambar kawan-kawan. Some wisdom sharing from certain people.

Kadang-kadang time scroll-scroll Facebook, tiba-tiba nampak iklan.

Ada yang kita cepat-cepat skip. Ada yang betul-betul eye catching, then only we pay attention. Kalau tak, kita scroll laju-laju.

Cabaran iklan sebegini adalah, we have to compete dengan content kawan-kawan prospect. Content mereka lebih personal.

Andai mahu teruskan Facebook ads, buat iklan yang nampak personal juga. Ini dipanggil native ads; iklan yang tak nampak macam iklan.

Macam member-member update gambar produk dia atas carpet beli kat Nilai.

Bukan gambar photoshoot di studio. Atau photoshoot di rumah, letak cadar putih tuala putih dinding putih. Gambar sebegini orang dah tahu, “Haa ni mesti iklan.”

Maka orang skip laju-laju.

Contoh lain, bila buka YouTube nampak iklan, mostly kita click “Skip Ads”.

Maka timbul persoalan: Berbaloikah buat Facebook Ads, YouTube Ads, dan Google Ads? Let’s get to this point at the end of this article.

#2 Content Marketing

Content marketing adalah content percuma yang di share secara berterusan. Social Media posting, blog posting, video posting.

It takes a lot of hard work, patience, and the growth is not that fast.

Cara begini, yang bagusnya adalah pahala berterusan. Kita keep sharing knowledge kita pada orang lain secara percuma. Dan Allah balas dengan rezeki melalui pentaraan medium lain. (Ini bincang topik lain)

Dengan cara ini juga kita build trust. Contoh Nouman Ali Khan selalu bagi video khutbah percuma di YouTube. Ceramah-ceramah beliau direkodkan dan dikongsi di YouTube.

Dari situ, orang mula kenal dia sebagai orang yang expert dalam explain content Al-Quran. Dari situ orang mula tertanya-tanya dia buat apa?

Then dari situ orang tahu dia mengajar Quranic Arabic, dia ada apps BayyinahTV.

Khairul Hakimin perkenalkan diri sebagai expert dalam Content Marketing. Pada awalnya beliau sering berkongsi tentang brownies. Dari topik itu dia mula grow & dapat his first 1 million.

DrRizal Abu Bakar sentiasa berkongsi tentang Otak. Dan, beliau mula grow dengan bantuan option ke #3 iaitu Partnership.

#3 Partnership

Baru ni saya berpeluang bantu guru saya “market” kan course beliau. Guru saya ini bukan influencer, tiada posting content marketing, juga tidak aktif Facebook.

Macam mana tu?

Saya gunakan taktik Partnership; lihat siapa dalam bidang yang lebih kurang sama dan ada followers ramai.

Melalui ‘partner’ ini, saya buat iklan. Result iklan adalah seperti berikut:

Selang beberapa hari kemudian, tambah lagi hampir 200 new clicks.

Selepas menggunakan taktik ‘partnership’ ini, berjaya close sale dalam lebih kurang 70 pelajar baru.

1 course berharga $397. Untuk mereka yang memilih 3x payment, perlu bayar $159 x 3 = $477.

Untuk mudah kira, ambil $400 darab dengan 70 pembeli = $28,000 (darab 4 currency MYR = RM112,000)

Saya sangat happy dengan result ini. I got my portion too, Alhamdulillah.

Rahsia saya cuma satu; boleh rujuk artikel ini: Rahsia Energy Dalam Marketing.

Semuanya dengan izin Allah. Yang gerakkan hati pembeli untuk membeli adalah Allah.

Baik. Sambung perbincangan tentang partnership.

#2 Content Marketing + #3 Partnership

Partnership menjadi lebih baik apabila dimulakan dengan Content Marketing.

Maksud lain, contoh, kita mahu sahabat kita yang sudah ada 100,000 followers untuk perkenalkan content kita.

Bila followers mereka lihat page kita (website, FB personal, etc.), dan mereka nampak sudah ada banyak content menarik, disitu mereka akan lebih tertarik untuk follow.

Dalam marketing, apabila prospek ingin membeli, mereka indirectly akan bertanya, “Macam mana servis/produk ini dapat tingkatkan nilai hidup aku?”

Andai content yang tersedia ada pada page kita dapat tingkatkan nilai hidup prospek kita, prospek akan tertarik. (Dengan izin Allah)

Berbaloikah buat Facebook Ads?

Saya sangat tertarik dengan Afnan Rosli yang habis jual tiket dalam masa beberapa minit sahaja.

Tanpa iklan, tanpa poster, buat kelas tapi tak bagitahu apa yang akan diajar dalam kelas. Orang tetap beli tiket nak masuk kelas beliau.

Ok, ini dah level legend. Beliau namakannya “Quantum Marketing”.

Dalam kita nak naik, BBNU Budak Baru Nak Up, mesti ada sesuatu yang perkenalkan kita pada 1st audience.

Contoh Linda Nanuwil mula terkenal melalui Akademi Fantasia.

Kalau sesiapa yang follow Ustaz Nasrullah, penulis buku Rahasia Magnet Rezeki dari Indonesia, Ustaz dikenali di Malaysia selepas Prof Muhaya perkenalkan Ustaz pada crowd beliau.

Cara untuk reach first audience dengan skala besar adalah #1 Paid Platform & #3 Partnership.

Setiap orang ada pendapat berbeza. Saya lebih selesa dengan cara #3.

Saya memilih untuk tidak gunakan cara #1, atas sebab sama kenapa saya tidak makan McD dan minum Starbucks. Faham?

You might ask: Kalau tak pakai FB habis tu macam mana nak menjual?

Rezeki ni dari Allah. Kalau kita tinggalkan sesuatu demi Allah, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik.

Perlu Bantuan Marketing?

Great! Let’s talk!

Email me at write@mins.my.