Pesanan Dari Businessman Sales RM500k ++ Sebulan

Jumaat lepas jumpa distributor Olive House area Johor/Melaka. Sales RM500-600K sebulan. Beliau juga content writer yang sediakan copywriting untuk team Olive House #bbb #gwp

Minta tips di FB. Beliau beri pesanan, “…jaga solat, jaga mulut…”

Gulp.

Tips jaga solat biasa dengar. Tips jaga mulut tu, gulp lagi sekali.

Tanya diri, harini aku membawang tentang siapa? Kesalahan siapa aku sebut? Aib siapa aku buka?

Tak perlu bayangkan kawan atau kenalan yang suka membawang. Audit diri kita sendiri. Tak perlu tengok orang sebelah.

Teringat Zamani Slam. Satu sikap dia dari dulu sampai sekarang, dia tak pernah sebut kesalahan orang. Dan dia takkan bercakap tentang keburukan orang lain.

p/s: Screenshot dibawah adalah pesanan yang diberi oleh beliau.

Dibawah ini pula orangnya. Masa tu beliau datang office. Sempat snap laju-laju.