The Art of Letting Go: Let Go & Let God

“Awak tak boleh buat apa.”

Pesan guru apabila aku minta pandangan; macam mana nak buat apabila ada cabaran dengan manusia.

Ketika bersembang dengan guru itu, terlintas 1 perkara yang pernah dibaca:

Event + Response = Outcome.

Dari buku Jack Canfield, The Success Principles, Chapter 1.

Jack Canfield beri contoh. Ada gempa bumi di Los Angeles. Berderet kereta stuck dalam jem.

Reporter pergi ke kereta A. Tanya khabar. Pemandu marah sebab stuck dalam jem.

Reporter pergi ke kereta B. Pemandu balas pertanyaan dengan senyuman. Tak boleh buat apa.

Event yang sama, stuck dalam jem. Response yang berbeza.

Pemandu kereta A marah, pemandu kereta B rileks. Outcome, pemandu A tak tenang. Pemandu B kekal bahagia.

Apabila ada cabaran dengan manusia, kita boleh pilih response yang berbeza.

Contoh:
+ Belasah dia secara berjemaah
+ Cakap pada dia, “Eh kau ni, @#$%^!”
+ Cari kesalahan dia dan beritahu pada semua
+ Maafkan & berlapang dada. Doakan kebaikan untuk dia. Terus fokus pada apa yang ingin dicapai tahun 2020.

Wise man juga berpesan, “Dalam mindfulness ada topik ‘Letting Go’. Apa yang berlaku itu ‘past’. Sekarang adalah ‘present’.”

Wise man merenung mataku sambil bertanya, “Does it still matter now?”

Dalam renungan itu aku mendapat jawapan. Let go & let God 

[3:54]