Tips ‘Rare’ Khusyuk Solat

Bayangkan dari angkat takbir, AllahuAkbar sampai bagi salam, fokus kita hanya pada bacaan dalam solat….

Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. And it begins with thoughts.

Bahagian Otak Yang Terlibat Untuk Khusyuk

Nota: Penulisan ini diambil dari pengalaman bekerja sebagai Content Marketer kepada DrRizal Abu Bakar, pakar dalam bidang otak. Sebagai content marketer, saya perlu memahami content beliau.

Prefrontal Cortex (PFC)

Apabila solat tanpa khusyuk, otak bahagian Prefrontal Cortex (PFC) masih aktif. PFC juga dikenali sebagai CEO of the brain. Letaknya di belakang dahi. Dibahagian otak inilah kita membuat keputusan.

Apabila PFC ini masih aktif, macam-macam benda terlintas di kepala. e.g. Kunci kat mana, aktiviti selepas ini, persoalan yang bermain di fikiran etc.

Dengan solat khusyuk, bahagian PFC ini sunyi sepi. Tenang.

Parietal Lobe

Solat tanpa khusyuk, tandanya Parietal Lobe masih aktif. Bahagian ini letaknya betul-betul di atas kepala.

Dengan solat khusyuk, bahagian ini kurang aktif. Fokus hanya pada yang satu.

Bagaimana Untuk Tenteramkan Parietal Lobe Supaya Solat Lebih Khusyuk?

Untuk tenteramkan Parietal Lobe, perlu lakukan aktiviti ini. Setiap hari.

Aktiviti ini dinamakan meditasi. Cara mudahnya adalah dengan duduk di tempat yang tiada gangguan.

Duduk diam. Terpulang samada atas kerusi atau atas lantai. Mana-mana yang anda selesa.

Tutup mata. Tak fikir apa-apa.

Tarik nafas, rasai pergerakan perut apabila tarik dan hembus nafas.

(Cara pernafasan yang betul adalah perut yang bergerak. Macam baby. Bukan dada yang naik turun. Boleh rujuk video ini: https://youtu.be/pCoKngRcbR4)

(For beginner) Untuk mudahkan, buat kiraan. Tarik nafas dalam kiraan 5 (perut kedepan), tahan kiraan 4, lepaskan kiraan 8 (perut kempis). No jokes please.

5-4-8. Ulang beberapa kali.

Selepas terbiasa, tidak perlu kira lagi. Hanya tarik dan hembus nafas, dan fokus pada pergerakan perut.

Fikiran akan melayang. Biarkan. Kembalikan semula fikiran pada pernafasan.

Boleh cuba sekarang.

Selepas 3 minit, sambung dengan zikir sebut “Allah” berulang-ulang. Aktiviti ini boleh dibuat setiap kali sebelum solat. Boleh rujuk posting ini: https://www.facebook.com/ococdrrizal/photos/pcb.1780186425454365/1780187542120920

Untuk rujukan, boleh cuba audio 3 minit ini:

Impak Pada Otak Untuk Mereka Yang Amalkan Aktiviti Meditasi Ini

Seorang penderita anxiety, Larry, selama bertahun diberi aktiviti meditasi sebagai treatment.

Arahan diberi untuk meditasi setiap hari selama 12 minit selama 12 minggu.

Selepas minggu ke-8. otak di scan. Ini hasilnya (di ambil dari perkongsian DrRizal):

Kesan meditasi 12 minit ini, turunkan aktiviti pada parietal lobe Larry. Parietal Lobe adalah bahagian yang berfungsi dalam membentuk sense of self.

Apabila elemen sense of self ini mengecil ia tanda seseorang mencapai tahap kusyuk yang tinggi.

Kalau waktu itu dia sedang berzikir dengan Asmaul Husna, fokusnya ialah pada nama itu. Bukan dirinya lagi.

Begitulah hebatnya bila parietal lobe didiamkan sebentar dengan meditasi. Arah dan fokus jadi lebih tertumpu pada tugas dan keinginan.

Begitu juga halnya bila seseorang beri fokus pada matlamat atau apa yang diinginkan. Dia akan ‘bersatu’ dengan apa yang diimpikan itu. Dia alami dan rasai sendiri impiannya walaupun perkara yang diidamkan belum berlaku.

Pada saat ini otak tidak lagi berfungsi sebagai record of the past. Tetapi berfungsi sebagai mapping of the future. You are creating and designing your future.

Dalam erti kata lain bila self-consciousness hilang, yang meningkat ialah keupayaan seseorang untuk capai apa yang dia inginkan.

Apa Kata Quran Tentang Khusyuk Dalam Solat?

[23:1] Successful indeed are the believers.
[23:2] Those who offer their Salat (prayers) with all solemnity and full submissiveness.

[23:1-2] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.

Perkataan yang digunakan pada ayat 1 adalah “Qod”. Kata guru Arab saya: “The word ‘Qod’ is used to emphasize”. Indeed, sungguh etc.

Ini adalah ayat dari Surah al-Mu’minun. Dalam beberapa ayat pertama ini diterangkan ciri-ciri orang yang berjaya. Dan ciri pertama yang diberi adalah, khusyuk dalam solat.

Tips Dari Zikir Asma Ul Husna

Tips ini ditulis dalam buku Zikir Asma Ul Husna oleh Hassan Mia. Buku ini disarankan oleh seorang alim yang beramal dengan zikir asma ul Husna. (Boleh cari di Shopee)

Dalam buku ini, dikongsikan tips zikir untuk khusyuk dalam solat. Baca Ya-Muqsit (Maha Mengadili) 209x.

Untuk amalkan zikir ini, mulakan dengan:

[1] Bismillah,
[2] Istighfar 11x, dan
[3] Selawat 11x.
[4] Ya Muqsit 209x
[5] Akhiri dengan selawat.

Teori Apple & Junk Food

An apple a day keeps the doctor away.

Kalau makan apple, on the same time makan junk food juga, berkesan kah?

Contoh ini diberi oleh Nouman Ali Khan. Kita solat, kita mengaji, buat ibadah, ini umpama apple.

On the same time, kita perlu kurangkan ‘purposeless activity’. Ini termasuk endless scrolling on social media, FB, Instagram. Netflix, YouTube etc.

What happens to our brain when we mindlessly scrolling social media is that, otak kita melompat dari satu status ke satu status lain. Fokus melompat dari satu cerita lain ke cerita lain.

Otak yang tidak khusyuk ketika solat itu melompat dari satu fikiran ke fikiran lain.

Belajar ‘tenangkan’ otak dengan meditasi.

Ini pula contoh meditasi 12 minit untuk bantu: (p/s: Boleh cuba latih sekali sehari. Pilih waktu sama setiap hari, pagi, petang atau malam. Yang 3 minit tadi setiap kali sebelum solat)

Let’s Begin The Journey

“Once you make a decision, the universe conspires to make it happen.”

The fact that you’re reading this post till the end, it’s because you have been looking for the answer.

May Allah bless us and reward us with khusyuk’ in solah.

Rujukan