5 Tips Happy

Selasa minggu lepas dapat perkhabaran kurang gembira. Meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap sesuatu. Akhirnya tak dapat.

Perasaan kurang gembira tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kalau aku adalah aku yang dulu, confirm layan jiwang. Zaman dah berubah, maka petang tu balik beli pisang.

Kenapa pisang? Sebab pisang ada trytophan. Trytophan melahirkan hormon serotonin, hormon yang bantu kita untuk happy.

Malam pula dinner masak chickpeas (juga ada trytophan) + bayam. Dalam bayam ada GABA, hormon penenang. Bantu menurunkan hormon kortisol, iaitu hormon stress dalam badan. (Boleh rujuk sini: http://bit.ly/bayam-GABA)

Keesokan paginya, Rabu, menulis 3 perkara yang disyukuri. Ada buku nota khas untuk tujuan ini. Cuba untuk amal hari-hari.

Kenapa bersyukur? Bersyukur juga lahirkan hormon gembira. Cerita panjang boleh rujuk sini: https://neuroversiti.com/kesan-syukur-menurut-kajian/

Rabu itu juga dapat dengar suara seseorang. Dengar suara seseorang yang dekat dihati boleh tingkatkan vibration kita. Boleh rujuk sini: http://bit.ly/Einstein-PowerOfLove

Semua orang berbeza. Boleh jadi parents, suami/isteri, anak-anak, kenalan, etc. (Etc means end of thinking capacity)

Sekian pesanan khidmat masyarakat. Tak perlu lagi menangis di bucu katil. Ilmu yang ada, cuba amalkan.

So let me summarize:
[1] Pisang
[2] Chickpeas
[3] Bayam
[4] Tulis 3 perkara yang disyukuri
[5] Dengar suara orang yang dekat dihati